Siakap Keli

Anak Mengadu Matanya Dicucuk Rakan Sekelas, Bapa Ini Sanggup Pergi Bunuh Si Pelakunya

Seorang bapa berusia 36 tahun nekad membunuh seorang budak lelaki yang dipercayai mencederakan mata anaknya di sekolah.

Lelaki di kenali sebagai Lin, menikam Ye, 10, yang merupakan rakan sekelas anak perempuannya menggunakan pisau buah di sekolan rendah di Zhejiang, China pada 21 September lalu.

Ketika ditemui, budak lelaki itu telah terbaring di atas lantai dan berlumuran darah akibat beberapa kesan tikaman dan diselar pada bahagian leher.

Kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital namun menghembuskan nafas terakhirnya berikutan kecederaan yang dialaminya.

Menurut laporan media China, ibu bapa kedua-dua kanak-kanak itu sudah bersetuju bahawa budak lelaki tersebut akan memohon maaf kepada anak suspek kerana mencederakannya ketika bertengkar.

Polis tiba di tempat kejadian dan menjumpai suspek sedang menghisap rokok dengan mangsa berlumuran darah dan senjata yang digunakan berdekatan dengannya.

Terdahulu, mangsa dipercayai menyebabkan kecederaan ringan pada mata anak perempuan suspek pada dua hari sebelum kejadian namun tidak meminta maaf secara terbuka.

Insiden tragis yang berlaku itu menggemparkan semua pihak dan suspek dilaporkan berada di dalam tahanan pihak berkuasa bagi siasatan lanjut.

Sumber: Chinadaily

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar