Siakap Keli

”Digari, Dilokap, Inilah Harga Perlu Dibayar Bagi Sebuah Perjuangan,” – Azeez Rahim

Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyifatkan penahanan beliau sebagai sebuah harga yang perlu dibayar bagi sebuah perjuangan.

Dalam satu status yang dimuat naik di Facebook rasminya, bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji itu berkata beliau tidak akan berbaju lokap dan bergari sekiranya meninggalkan parti itu minggu lepas.

Inilah harga yg perlu saya bayar untuk sebuah perjuangan. Jika saya telah keluar dari UMNO minggu lepas, anda tidak akan lihat saya begini (berbaju lokap SPRM dan bergari) hari ini.

Namun walau apa pun dugaan atau rintangan atau ugutan yang datang,hatta ke penjara sekalipun saya tetap tidak akan meninggalkan perjuangan parti keramat UMNO ini.

Kirim salam kepada semua rakan2 seperjuangan. Insyallah saya akan terus teguh bersama UMNO.

Azeez Rahim
Mahkamah Majistret Putrajaya
26/9/2018

Abdul Azeez, abang serta sepupunya direman empat hari sejak semalam (Rabu) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan kontrak projek Tabung Haji.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan SPRM.

Bekas Pengerusi Tabung Haji itu dan abangnya yang merupakan pengurus besar sebuah syarikat dipercayai menerima rasuah daripada syarikat kontraktor.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.