Siakap Keli
Gambar : Flanders Today

Kerajaan Belanda Haramkan Guna Telefon Ketika Berbasikal

Kerajaan Belanda mengumumkan akan mengharamkan penggunaan telefon ketika berbasikal di negara itu.

Menerusi satu portal berita, Menteri Pengangkutan Cora van Nieuwenhuizen pada Selasa berkata undang-undang itu hanya akan berkuat kuasa  pada Julai tahun hadapan.

Keputusan itu dibuat susulan peningkatan kemalangan membabitkan telefon dan basikal di negara tersebut yang semakin membimbangkan.

Sebelum itu, pemandu kereta dan lori sudah pun dilarang menggunakan telefon bimbit ketika memandu kecuali dengan bantuan alat bebas tangan.

Jika didapati bersalah menggunakan telefon, pengguna boleh dikenakan denda maksimum sehingga 230 euro (RM1,117).

Difahamkan, denda berkemungkinan sama untuk penunggang basikal tetapi kerajaan menunggu keputusan rundingan umum.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.