Siakap Keli

Selepas 13 Jam Beri Keterangan, Ini Penjelasan Ringkas Rosmah

Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini telah hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas menerima notis untuk memerintah kehadirannya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang membabitkan kes penggubahan wang haram.

Setelah hampir 13 jam memberi keterangan, Rosmah akhirnya dilihat keluar daripada pejabat SPRM pada pukul 10.40 malam tadi serta kelihatan tenang.

Rosmah ketika diasak dengan pertanyaan pihak media menjawab ringkas, “Syukur, I am Ok. Alhamdulilah.”

Datuk K Kumarandrean selaku peguam rasmi turut memberitahu bahawa anak guamnya telah selesai membuat keterangan dan tidak perlu hadir semula bagi keterangan susulan.

Ketika ditanya mengapa masa yang diambil terlalu lama, peguam Rosmah tidak mahu mengulas lanjut.

Siasatan terhadap Rosmah telah dibuka sejak tumbangnya BN ke atas PH pada PRU 14, 9 Mei lalu.

Nur Farra