Siakap Keli

Syarikat Singapura Hasilkan Game ‘Where’s Najib?’, Boleh Dimuat Turun Secara Percuma

”Dimanakah Najib?”

Sekali baca, ia cuma satu pertanyaan yang secara kebetulan di dalamnya terkandung nama mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak.

Namun sebenarnya, ”Dimanakah Najib?” atau ”Where’s Najib?” sebenarnya adalah permainan mudah alih sinikal yang dibangunkan oleh pembangun permainan video berpangkalan di Singapura, Glassfire Games.

Menurut laporan Digital News Asia (DNA), permainan berkenaan sudahpun boleh dimuat turun oleh pengguna Iphone melalui App Store manakala hadir untuk pengguna Android yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore menjelang suku keempat 2018.

Gambar : Digital News Asia

Permainan mudah alih tersebut yang boleh dimuat turun secara percuma sememangnya menampilkan watak seakan-akan mantan Perdana Menteri itu. Tema kepada permainan berbentuk sinikal ini mengenai dakwaan-dakwaan yang sedang dihadapi olehnya.

Menurut laporan portal berita itu lagi, skandal-skandal membabitkan syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB, pertuduhan-pertudahan serta pemberian derma ke akaunnya menjadi inspirasi kepada syarikat berkenaan untuk menghasilkan permainan tersebut.

DNA juga melporkan bahawa wakil syarikat berkenaan, Samantha De Silva berkata permaian tersebut dibangunkan berdasarkan senario yang berlaku di Malaysia.

”Kami bukan sekadar menghasilkan pemainan mudah alih untuk hiburan, tetapi kami juga mahu menceritakan semua yang berlaku secara keseluruhannya,”

Sumber : Digital News Asia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.