Siakap Keli
Amun nekad membunuh isterinya kerana sering bertengkar dan mempunyai wanita lain. Gambar : Kompas.com/Farida Farhan

Tergamaknya Suami, Kerana Wanita Lain Sanggup Cekik Isteri Yang sedang Tidur Hingga Mati

Lelaki ini tergamak mencekik isterinya yang sedang nyenyak tidur sehingga mati.

Amun, 42, melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, Suhaeni, 45, di rumah mereka di Kampung Rawabagi, Karawang Timur, Indonesia.

Hasil siasatan pihak polis mendapati, suspek mengaku membunuh isterinya kerana memiliki wanita lain. Mereka juga dilaporkan sering bertengkar.

“Suspek mengaku membunuh isterinya secara bersendirian. Namun, kami masih melakukan siasatan lanjut kerana mungkin ada pihak lain yang turut terlibat.

”Mangsa dipercayai sempat bangun dan cuba melawan ketika dicekik suaminya. Tetapi, lelaki terbabit tidak menghiraukan rontaan isterinya dan terus mencekiknya sekuat hati hingga mati,” kata jurucakap polis, Slamet Waloya.

Sejurus kejadian, suspek terus diberkas oleh pihak polis. Jika disabitkan kesalahan, dia bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun penjara.

Sumber : Kompas.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.