Siakap Keli

(Video)Bila ‘Suspek’ Penjual Syabu Melutut Lamar Teman Wanita Dengan Tangan Bergari

Tular di media sosial di Filipina apabila seorang netizen telah memuat naik satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan tangan bergari melamar teman wanitanya selepas ditahan pihak berkuasa.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Julio Vinluan ditahan pihak berkuasa atas kesalahan memiliki dadah. Ketika ditahan di rumahnya, Julio ditemani teman wanitanya, Oba, dan anak mereka yang masih kecil. Sebuah portal berita antarabangsa turut melaporkan bahawa beberapa orang keluarga Julio turut berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, dalam suasana kecoh berkenaan -selepas digari dan cuba dibawa keluar-, Julio secara tiba-tiba bertindak melutut di hadapan teman wanitanya.

Oba yang ketakutan dan bingung kemudian bertanya kepada pihak berkuasa alasan suaminya ditahan.

”Kami terpaksa menahannya kerana kami syaki dia terlibat dalam jenayah penjualan syabu,” jelas salah seorang ‘pegawai’ polis yang hadir untuk menahan Julio.

Oba yang ketika kejadian sudah tidak dapat mengawal perasaan masih tidak berpuas hati dan meminta para pegawai berkenaan menunjukkan waran tangkap yang sah sebagai bukti penahanan.

Kemudian, salah seorang pegawai berkenaan kemudian bertindak menyerahkan satu ‘waran’ kepada Oba sebagai bukti penahanan tersebut.

Sebaik sahaja dokumen berkenaan yang dilipat diserahkan kepadanya, Oba dengan segera membuka dan terkejut apabila melihat dokumen tersebut tertera, ” Will you merry (marry) me?”

Melalui rakaman video berkenaan, dapat dilihat semua orang dalam keadaan terkejut dan menjerit bagaikan diserang histeria. Manakala Oba yang kelu, dilihat terduduk diatas kerusi dan menangis. Rupa-rupanya, semua kejadian yang berlaku adalah gimik yang dirancang oleh Julio untuk melamar Oba menjadi isterinya.

Ketika itulah, Julio dalam keadaan melutut dan tangan bergari mengeluarkan sebentuk cincin dan melamar Oba.

“Saya terkejut.Awak keterlaluan, sayang. Saya baru saja lahirkan bayi dan saya sangat gugup bila jadi macam ni,” katanya dalam kemas kini itu yang ditulis dalam bahasa Filipina ketika berkongsi perasaannya. Sehingga kini, video berkenaan sudahpun ditonton sebanyak 104 ribu kali.

Video tersebut dimuat naik oleh Oba ke laman Facebook pada 21 September sebelum diulang siar oleh beberapa netizen yang lain sehingga mendapat jutaan tontonan.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian netizen yang rata-rata turut berkongsi kegembiraan dan kagum dengan usaha yang dibuat oleh Julio untuk menggembirakan bakal isterinya itu.

”Wow, ini sangat romantik dan kelakar, hahaha,” kata seorang netizen dengan nama Camille Teresa Romey .

”Satu kejutan yang berada di tahap yang berbeza. Tahniah saudara, kamu sangat hebat,” kata Marie Familar.

Seorang lagi netizen menegur ejaan yang salah di dalam surat tersebut, ”Ejaan merry adalah salah. Apapun yang penting kamu gembira,” katanya.

Sumber : msn.news

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di