Siakap Keli

Kereta Terbang Pertama Milik Volvo Mula Dijual Oktober Ini, Boleh Tukar Jadi Pesawat Kurang 1 Minit

Kereta terbang pertama di dunia akan dijual bulan depan dan ia boleh diubah menjadi pesawat dalam masa kurang dari satu minit dengan kemampuan terbang sehingga 400 batu (640km) dengan pecutan terpantas 160km sejam.

Agensi berita China Xinhua melaporkan awal minggu ini bahawa Terrafugia dijangka membuka pra-jualan menjelang Oktober. Terrafugia sebelum ini mengumumkan bahawa penghantaran akan bermula pada tahun 2019. Harga masih belum diumumkan.

 

Terrafugia, yang dimiliki oleh syarikat induk Volvo, baru-baru ini telah membuat beberapa perbaikan kepada kereta.  Ini termasuk tempat duduk yang lebih baik, ruang penyimpanan lebih banyak, tali pinggang keledar, dan beg udara yang lebih baik.

Di samping itu, ia telah diberi kamera pandangan belakang dan sistem payung terjun yang baru. Terrafugia juga dilengkapi dengan mod ‘rangsangan’ yang akan memberikan kuasa tambahan semasa terbang.

Kenderaan ini juga memenuhi piawaian Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya dan Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan tetapi pengguna memerlukan lesen juruterbang untuk mengendalikan Transition.

Pesawat ini mempunyai sayap boleh lipat, dengan berat kira-kira 590kg dan mempunyai gear pendaratan tetap. Ia boleh terbang pada ketinggian maksimum 10,000 kaki.

Kereta konsep Terrafugia seterusnya, TF-X, juga dilaporkan akan dilancarkan pada bulan Oktober.

“TF-X tidak akan memerlukan lapangan terbang untuk berlepas dan mendarat, dan ia akan memandu di semua jalan raya dan lebuh raya – menyediakan kemudahan pengangkutan pintu dari pintu ke pintu,” kata syarikat itu.

Sumber: Express UK

Nur Farra