Siakap Keli

(Video)Tsunami Landa Dua Wilayah Indonesia, Jumlah Korban Tidak Diketahui

Sebentar tadi kami ada bawakan berita mengenai dua bencana gempa bumi kuat yang melanda negara jiran, Indonesia iaitu di daerah Pulau Sulawesi dengan gempa kedua berkekuatan 7.5 magnitud menyebabkan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan bencana alam Indonesia.

Terkini, melalui laporan terbaru portal berita antarabangsa menyatakan bahawa gelombang tsunami sudahpun melanda dua kawasan di Pulau Sulawesi iaitu di daerah Palu dan Donggala.

Jika sebelumnya gempa pertama berkekuatan 6.1 magnitud menyebabkan kematian sekurang-kurangnya seorang mangsa serta 10 orang tercedera, namun sehingga kini media antarabangsa tidak dapat mengesahkan status terkini mengenai jumlah mangsa yang terlibat dalam gempa kedua dan kejadian tsunami.

Bagaimanapun mengikut laporan Fox News, ada penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat melaporkan mengenai kehilangan anggota keluarga masing-masing.

Menurut kenyataan daripada pihak berkuasa Indonesia, mereka berhadapan kesukaran untuk memberikan data yang tepat mengenai mangsa yang terlibat kerana ketika kejadian tsunami berlaku, mereka sedang bergelut untuk mendapatkan akses ke sekurang-kurangnya 9 kampung yang terjejas.

”Berdasarkan maklumat awal kami, berdasarkan pengalaman lalu, bencana ini mungkin menyebabkan kemusnahan besar, bermula daripada Palu sehingga Donggala,’‘ kata Sutopo Purow Nugroho, jurucakap Agensi Bencan Alam Indonesia yang turut memberitahu bahawa talian komunikasi turut terjejas.

BACA : Gempa Bumi Gegar Indonesia, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Sumber : Fox News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.