Siakap Keli

Budak 3 Tahun Didera Bapa, Makan Najis Sendiri Sebaik Dilepaskan Ibunya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun ditemui di balkoni tertutup sebuah rumah di daerah Hsinchu telanjang dan kelaparan dipercayai terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak.

Menurut laporan media tempatan, kanak-kanak tersebut kelihatan sudah lama terbiar dan kurus apabila dijumpai ibunya pada petang Sabtu lalu dengan tangan terikat serta tubuh badan penuh lebam  dan mengalami luka di mata kirinya.

Sebaik ibunya memotong tali kabel yang digunakan untuk mengikat tangan, budak tersebut lantas mengambil najis di lantai dan memakannya kerana terlalu lapar.

Ibu bapa kanak-kanak itu dikatakan telah bercerai dan dia tinggal bersama bapa dan rakannya bapanya di flat tersebut.  Pasangan ini mempunyai 3 orang anak.  Dua daripada mereka bersama bapa dan seorang lagi bersama ibu.

Pada hari kejadian, wanita terbabit memutuskan untuk melawat anaknya namun terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Bapa kejam itu didakwa telah bertindak kasar dengan mengerah anaknya membasuh katil dan telah menggunakan tangan serta selipar untuk memukul bahagian bawah dan paha kanak-kanak lelaki itu.

Polis memberitahu media, kecederaan pada badan budak lelaki itu mungkin disebabkan oleh objek tumpul. Luka matanya disebabkan oleh kesan kepala yang dihentak ke dinding.

Sumber: ET Today

Nur Farra