Siakap Keli

Saiful Bukhari Bakal Lawan Anwar Di Port Dickson

Saiful Bukhari membuat pengumuman akan bertanding pada PRK Port Dickson menentang bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan, Saiful dikatakan tidak dipengaruhi mana-mana parti dan pencalonan itu tidak ada kaitan dengan ‘kisah lama’ antara beliau dan Anwar.

“Saya bertanding semata-mata sebagai seorang yang bebas tanpa mana-mana parti yang menyokong saya.

“Saya tidak bertanding kerana masa lalu dengan Anwar tetapi atas alasan lain.

“Saya telah memikirkannya dengan teliti dan saya rasa ia adalah tindakan yang betul,” katanya.

Sebelum ini, Anwar dipenjara atas sabit kesalahan melihat Saiful pada 2008.  Walau bagaimanapun, Anwar mendapat pengampunan YDPA pada 16 Mei lalu sebaik Pakatan mengambil alih kerajaan.

Nur Farra