Siakap Keli

“Saya Tak Nak Pergi Sekolah, Takut Mati,” Pelajar UPSR Sakit Bengkak Otak Rebah Sebaik Habis Kertas Akhir

Nasib pelajar ini tak seperti pelajar lain yang masing-masing tak sabar nak tamatkan zaman sekolah rendah dan menghabiskan kertas peperiksaan akhir UPSR.

Perkongsian melalui laman Facebook milik Diana Azmar menceritakan kisah sedih seorang pelajar yang menghidapi sakit bengkak otak takut untuk menghadiri peperiksaan akhir UPSR kerana takut rebah dan tak sedarkan diri.

Sebak melihat gambar yang dikongsi, tak tahu apa yang ditanggungnya. Kami mendoakan adik ini semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan ibunya. InsyaAllah

BISMILLAH…
HARI INI Jumaat, 28 September 2018.

Saya nak share kisah semalam yang dikongsi oleh seorang guru yang tinggal di kejiranan saya.

Murid di dalam gambar ni adalah adik Mohd Ameruddin Bin Harli Azman, anak murid beliau, pelajar tahun 6 di SK Taman Bukit Subang.

Semalam, 27 September 2018 hari terakhir peperiksaan UPSR. Di saat anak-anak kita termasuk kita sendiri menarik nafas lega dan meraikan ‘kemerdekaan kecil’ anak-anak kita, adik Ameruddin sebaliknya sengsara menanggung sakit bengkak otak akibat jangkitan kuman yang dialaminya. Dia terus tak sedarkan diri sebaik tamat paper Sains semalam.

Sekarang adik Ameruddin berada di HUKM untuk rawatan. Dia hanya tinggal bersama ibu dan 5 adik-beradiknya sejak kedua ibubapa mereka berpisah.

GAMBAR TERAKHIR: Screenshot wasap dari guru tersebut sangat menyentuh hati.

Mohon sesiapa yang sudi nak bagi sumbangan kepada keluarga ni, saya sertakan nombor akaun ibu kepada adik Ameruddin. Sesiapa yang nak hubungi sendiri keluarga beliau boleh pm saya untuk saya berikan contact number.

Diizinkan share dan war-warkan kepada yang lain. Harap usaha kecil kita dapat membantu meringankan beban mereka. Budi baik kalian diucapkan ribuan terima kasih.

BSN 10100-29-00061635-2
Rosliza Abd Kadir

Ibu kepada adik Ameruddin Harli Azman

ATAU

BANK RAKYAT
11-038-100229-2
(Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Taman Bukit Subang)
*Sila remarks sumbangan kepada adik Ameruddin

 

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di