Siakap Keli

”Dia Nak Hukum Pemaju Atau Hukum Rakyat?,”Najib Ajar Guan Eng Kurangkan Harga Rumah

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui satu kenyataan yang dimuat naik di facebook rasmi beliau hari ini ‘menegur’ Lim Guan Eng berkenaan janji yang dibuat oleh Menteri Kewangan itu berkenaan harga rumah yang akan diturunkan melalui SST.

Katanya, kos dan lain-lain caj harga tanah di dua buah negeri maju seperti Pulau Pinang dan Selangor meningkat berkali ganda sejak 10 tahun lalu menjadi faktor mustahil harga rumah mampu dikurangkan walaupun bahan asas pembinaan dikecualikan SST.

Sebelum dan apabila cukai SST dilaksanakan, Lim Guan Eng telah beberapa kali berjanji bahawa harga rumah akan turun melalui SST kerana bahan mentah untuk pembinaan rumah seperti pasir, batu-bata dan simen akan dikecualikan dari cukai SST.

Apabila rata-rata pemaju menyatakan bahawa cukai SST tidak akan mengurangkan harga rumah, Guan Eng berang. Beberapa hari dahulu. dia mengugut bahawa segala pengecualian SST untuk bahan-bahan pembinaan rumah akan ditarik balik jika harga rumah tidak diturunkan.

Ugutan Guan Eng merupakan pemikiran KBAT yang paling luar biasa peringkat teratas sekali. Oleh kerana harga rumah tidak turun, dia mahu menarik balik pengecualian ini kononnya bagi menghukum pemaju tetapi tak sedar harga rumah akan naik lebih tinggi. Dia nak hukum pemaju rumah ataupun hukum rakyat?

Selain batu-bata, pasir dan simen, terdapat banyak jenis bahan mentah lagi yang digunakan dalam pembinaan rumah seperti kaca dan tingkap, kayu, bahan seramik dan lain lain yang kini dikenakan cukai jualan dalam SST.

Selain cukai jualan, perkhidmatan-perkhidmatan seperti insuran, arkitek, perunding, rekabentuk, kejuruteraan yang diperlukan dalam pembinaan turut dikenakan cukai servis dalam sistem SST yang sebelum ini boleh dituntut balik oleh pemaju sebagai kos input GST.

Sebenarnya, kos terbesar dalam pembinaan rumah bukan kos pembinaan tetapi harga tanah. Oleh itu, untuk mengurangkan kos rumah, langkah-langkah perlu diambil untuk mengurangkan kos tanah.

Hal-ehwal penggunaan tanah adalah di bawah kerajaan negeri. Saya lihat bahawa kos dan caj-caj lain yang dikenakan oleh kerajaan negeri untuk penggunaan tanah terutama di negeri-negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang telah naik berkali ganda sejak 10 tahun yang lepas. Oleh itu, kerajaan persekutuan perlu berkerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengurangkan caj-caj ini.

Harga tanah juga boleh diturunkan dengan meningkatkan penyediaan tanah yang murah dari kerajaan negeri atau dari tanah milik agensi kerajaan pusat.

Satu kaedah ini ialah kaedah yang digunakan dalam projek-projek perumahan mampu milik kerajaan BN dahulu seperti PPA1M dimana 35,753 unit PPA1M sudah siap dan sedang dibina dengan 106,000 unit lagi dalam perancangan untuk dibina dan projek RumaWIP dimana 80,000 unit rumah telah siap ataupun di dalam proses pembinaan.

(Saudara-saudari yang telah menerima ataupun sedang menunggu untuk menerima rumah-rumah ini, sila beri sedikit komen)

Projek-projek ini menggunakan kaedah subsidi bersilang (cross-subsidy) dengan pemaju swasta di mana kerajaan tidak perlu mengeluarkan satu sen untuk pembinaan rumah-rumah ini.

Alhamdulilah, kerajaan PH berjanji untuk meneruskan projek-projek RumaWIP.

Minggu lalu, Menteri Wilayah, Khalid Samad juga dipetik sebagai berkata:

“Ini membuktikan bukan semua inisiatif BN kita tolak kerana pelaksanaan RUMAWIP yang menggunakan kaedah cross-subsidy ini bagus tanpa perlu kerajaan mengeluarkan satu sen pun.”

Malang sekali, satu lagi usaha kerajaan BN untuk mengurangkan beban harga rumah kepada rakyat mungkin tidak akan menjadi kenyataan iaitu usaha kita untuk mengurangkan tekanan permintaan dan kenaikan harga rumah dalam bandar.

Sebenarnya, yang bekerja di Kuala Lumpur dan di Johor Baharu tidak perlu duduk di sana. Mereka boleh duduk di Seremban ataupun di Batu Pahat, di Bentong atau di Mentakab ataupun di banyak lagi kawasan di mana kos harga rumah dan tanah jauh lebih murah dari harga di Kuala Lumpur dan menaiki kerertapi laju HSR dan ECRL untuk pergi dan pulang dari Johor Baharu dan Kuala Lumpur setiap hari.

Keadaan ini adalah lazim di bandar bandar besar di negara maju.

Dengan pemansuhan projek-projek ini, peluang ini mungkin tidak akan menjadi.

Sumber : Najib Razak

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di