Siakap Keli
Gambar : The Nation

Gara-Gara Buat ‘Projek’ Dalam Pasar Raya, Pasangan Kekasih Diburu Polis

Padah sendiri apabila melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam. Sepasang kekasih yang diarakam melakukan hubungan seks di sebuah pasar raya kini diburu oleh polis Thailand.

Gambar dan klip video pasangan kekasih yang sedang membuat ‘projek’ itu pada mulanya dikongsi di laman facebook SSBN, sebuah laman perkongsian gambar atau klip video tidak senonoh.  Ia kemudian menjadi tular dalam kalangan netizen.

Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki yang memakai seluar jeans dan baju-T manakala wanita memakai gaun berwarna merah sedang melakukan hubungan intim itu di ruang jualan peralatan mencuci tandas.

Gambar : The Nation

Pada masa sama, pengunjung pasar raya yang lain turut dapat dilihat berada di belakang pasangan tersebut. Rata-rata orang ramai memberi komen negatif pada gambar berkenaan.

Pegawai polis Thai memberitahu mereka telah melihat rakaman gambar tersebut dan sedang menjalani siasatan dan mencari pasangan kekasih itu.

Sekiraya didapati bersalah, pasangan tersebut boleh dikenakan penjara sehingga 5 tahun dan denda BT100,000 (RM 12,803.00).

Sumber : The Nation

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.