Bayi yang baru dilahirkan itu iabarat kain putih yang suci, si ibu dan ayahnya lah yang bertanggungjawab mencorakkan anaknya. Setiap ibubapa di luar sana sudah tentu inginkan ‘corak’ yang cantik supaya anaknya nanti berguna pada masyarakat.
Begitupun, mahu mendidik anak bukannya satu tugas yang mudah. Seiring dengan perkembangan usianya, si anak pasti akan mula menunjukkan perangai yang pelbagai. Ada yang nakalnya tidak boleh dikawal yang lambat-launnya pasti akan membuatkan mana-mana ibu bapa hilang kawalan dan mula menggunakan kekerasan.
Niatnya cuma mahu menghukum, mahu mengubah sikap anak-anak, mahu memberi signal pada mereka suapaya tidak mengulangi kesilapan yang sama atau apa sahaja alasannya, tetapi kami pasti ramai yang memilih cara yang salah untuk menunjukkan autoriti anda sebagai ibu bapa kepada anak masing-masing.
Menurut Dr. Taufiq Razif ada lima hukuman yang bahaya pada anak-anak yang anda sebagai ibu bapa wajib elak dalam usaha untuk mendidik anak-anak anda. Jom baca perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.
5 Cara Hukuman Yang Bahaya Pada Anak! Mak Ayah Wajib Tahu!
1. Pukul Muka
– Pukulan di muka dan kepala bukan saja dilarang di dalam agama tapi silap haribulan boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang lebih parah seperti gegeran pada otak ( concussion ) dan juga perdarahan di dalam otak.
2. Menampakkan kemarahan secara melampau
– Kesalahan anak ada masanya perlu dibetulkan dengan hukuman tapi bila kita sebagai ibubapa menghukum mereka dalam keadaan emosi yang tak stabil anak akan menganggap hukuman yang kita beri tu sebagai pemuas nafsu amarah kita.
Jangan terkejut kalau anak kita boleh berdendam dengan kita kalau kita terus menghukum mereka dengan kemarahan yang tak terkawal.
3. Memukul sampai cedera atau luka
– Rotan dibolehkan dalam agama tapi jangan sampai meninggalkan lebam atau bekas. Lebam tu pun sendiri sebenarnya terhasil daripada pembuluh darah yang pecah di bawah kulit tau. Sebenarnya rotan dibolehkan sebagai simbolik nak mendidik je. Bukan sebagai cara nak lepaskan rasa marah mak ayah pada anak sendiri.
4. Hypercritical dengan anak sendiri
– Anak tertumpah air sikit kita bebel.
Anak tersilap sikat rambut sikit kita marah. Anak tak sengaja tumpahkan makanan sikit pun kita melenting. Anak salah pakai selipar pun kita dah mula naik angin dan bebel tak berhenti.
Mak ayah yang hypercritical ni bukannya tak sayang anak tapi ada benda yang tak setel dengan emosi dalamannya. Kalau tak dikawal, lama kelamaan ianya boleh bertukar menjadi penderaan lisan tanpa sedar ( verbal abuse ).
5. Memaki dan mengherdik tak berhenti
– Emosi anak kita tersangat la rapuh. Bukan cuma fizikal anak je sedang berkembang, emosi mereka pun sebenarnya sedang berkembang. Apa je benda yang boleh mencederakan perasaan akan sangat membantutkan perkembangan emosi anak kita.
Sampai satu tahap makian dan herdikan ibubapa boleh bertukar menjadi penderaan emosi ( emotional abuse ). Anak-anak yang biasa kena penderaan emosi ni akan tertinggal dalam pelajaraan, kurang keyakinan diri dan akhirnya boleh bersikap ganas terhadap kawan-kawan dan juga adik beradiknya sendiri!
#JomKawalEmosi
Sumber : Dr. Taufiq Razif