Siakap Keli
Gambar : AP/The Journal Gazette

Tsunami : Gadis Bernama Nurul, 2 Hari Terperangkap Dalam Air Ditemani Jasad Ibunya Yang Telah Meninggal Dunia

Tetap bertahan untuk hidup. Begitulah seorang gadis bernama Nurul yang ditemui masih bernyawa setelah terperangkap selama 2 hari di dalam air yang menenggelamkan setengah badannya selepas kejadian gempa bumi jumaat lalu.

Gambar : Rifki/AP/Thr Courier
Gambar : AP/nbcnews

Gadis itu yang masih bersekolah menengah, berjaya diselamatkan oleh Badan SAR Nasional (Basarnas) di Kompleks Perumnas Bala Roa, Kota Palu, Sulawei Tengah pada hari ini dalam keadaan yang sangat lemah.

Malah, apa yang lebih menyedihkan mangsa dilihat berada bersama ibunya, Risni, yang telah meninggal dunia lebih awal setelah mereka terperangkap di situ.

“Anakku sempat minta tolong. Waktu kejadian saya berada di tepi rumah. Saat gempa saya lari keluar dan tidak boleh lagi menyelamatkan isteri dan dua anakku,” kata Yusuf, suami Risni.

Difahamkan, ratusan rumah di penempatan  tersebut roboh dan rosak setelah gempa bumi berlaku. Lopak air tersebut terbentuk dari sebuah lurah akibat tanah runtuh dan pam air yang bocor sehingga memerangkap mereka untuk keluar dari kawasan tersebut.

Gambar : Rifki/AP/NPC

Menurut penduduk setempat, bau busuk mula menyengat di kawasan itu kerana dipercayai terdapat ramai lagi mayat yang tidak dikeluarkan berada di dalam rumah.

Sumber : Kompas.com

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di