Siakap Keli
Gambar : Ola Gondronk, AFP/news.abs-cbn

Tsunami : Jumlah Kematian Meningkat Lebih 400 Orang, Amaran Ribuan Mayat Lagi Akan Dijumpai

Terkini, jumlah mangsa yang terbunuh akibat bencana tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi kuat di Pulau Sulawesi, Indonesia, dilaporkan telah meningkat ke 420 orang pada malam tadi.

Menurut laporan media tempatan Kompas TV, Ketua Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Willem Rampangilei memberitahu jumlah kematian itu baru di Palu, belum termasuk di Donggala dan Sigi.

Komunikasi di dua daerah itu terputus sama sekali dan tiada sebarang maklumat yang diterima setakat ini, namun jumlah kematian dan kerosakan dijangka lebih besar.

”Dianggarkan 10,000 pelarian kini berada di 50 pusat di bandar Palu. mereka akan diberi bantuan tempat berlindung, makanan dan ubat-ubatan.

”Kami berdepan kesukaran untuk membawa masuk jentera berat bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan kerana kebanyakan jalan utama menuju ke bandar Palu musnah akibat gempa,’‘ kata Wilem.

Puluhan mangsa dilaporkan masih terperangkap dalam runtuhan hotel di Palu yang dilanda ombak setinggi enam meter susulan gempa bumi berukuran 7.5 itu.

Ratusan pengunjung sebelum itu berhimpun di pantai bagi meraikan sebuah perayaan apabila dihempas ombak besar awal pagi Jumaat, menyebabkan kematian dalam jumlah yang besar.

Sementara itu, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla turut memberi amaran bahawa jumlah kematian mangsa boleh mencecah ribuan orang kerana tiada langsung maklumat yang diterima dari  bandar Donggala yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

Sebelum ini, bencana itu dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 380 nyawa.

Gempa gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 pada skala Richter yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada pukul 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia) pada Jumaat turut mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu.

Tsunami setinggi tiga meter itu berlaku pada pukul 5.27 petang waktu Indonesia Timur, kira-kira 22 minit selepas gempa kuat menggegarkan wilayah Kota Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.

Sumber : Kompas.com, abc.net

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di