Siakap Keli

(Video) Alami Cirit-Birit Berdarah, Gadis Ini Tak Serik Sahut Cabaran Makan Mi Segera Pedas Berapi

Menyahut cabaran makan mi segera pedas berapi membuatkan seorang gadis terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan di bahagian punggungnya.

Shannen Goulding yang merupakan seorang vlogger melakukan cabaran memakan mi ramen pedas perisa ayam sebelum dimasukkan ke hospital berikutan mengalami cirit-birit berdarah.

Doktor terpaksa melakukan drip IV sebelum prosedur kolonoskopi mendedahkan dia mengalami peringkat awal penyakit radang usus.

Shannen merakam video cabaran itu bersama salah seorang rakannya yang dikenali sebagai Keelan Unsworth.

Menurut gadis berusia 20 tahun ini, meskipun cabaran itu ‘membawa maut’, tetapi ianya satu cabaran yang berjaya untuknya.

“Saya ingat saya mampu menghabiskannya, tapi tak sangka saya akhirnya dimasukkan ke hospital.

“Selepas kami makan, saya mula rasa sangat sakit. Keelan pun sama, tapi tak seteruk saya.

“Tidak lama selepas itu, ketika saya ke bilik air, hanya darah yang keluar.

“Saya beritahu doktor dan jururawat mengenainya dan mereka hanya ketawakan saya.

“Saya berkawan dengan pesakit lain di hospital dan mereka tanya kenapa saya dimasukkan ke sana. Selepas memberitahu saya makan mi pedas, mereka semua gelakkan saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, vlogger muda ini masih berdegil mahu melakukan cabaran makan mi yang lebih pedas  lepas ini meskipun telah diberi amaran oleh para doktor.

Sumber: MirrorUk, Shanne Goulding

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar