Siakap Keli

(Video)Indonesia : Selepas Gempa Dan Tsunami, Muncul Pula Fenomena Api Dari Bawah Tanah

Selepas bencana alam gempa bumi dan tsunami dengan maklumat terkini jumlah kematian sudahpun melepasi angka 1000 orang, penduduk-penduduk di kawasan terjejas sekali lagi dikejutkan dengan fenomena misteri, apabila api menjulang-julang keluar daripada sebuah kawasan berlumpur.

Dalam kejadian yang berlaku di daerah Mamuju Tengah itu, laporan daripada Liputan 6 SCTV memaklumkan bahawa fenomena api muncul daripada tanah itu berlaku di sebuah ladang kelapa sawit.

Stesen televisyen berkenaan juga memaklumkan bahawa pihak berkuasa sudahpun digerakkan ke kawasan berkenaan untuk menyiasat dan mengesahkan fenomena api tersebut.

Sehingga kini, bagi mengelak kejadian tidak diingini, pihak berkuasa sudahpun meletakkan pita keselamatan dan membersihkan kawasan sekitar daripada bahan-bahan mudah terbakar.

Menurut laporan penduduk Kampung Salugatta yang terletak berdekatan dengan fenomena tersebut, mereka pertama kali menyedari kewujudan api aneh itu pada Sabtu lalu selepas mengesan satu labang selebar 1 meter yang memutahkan lumpur.

Selain itu, mereka juga memaklumkan pusaran api yang keluar daripada lubang berkenaan mencecah ketinggian dua meter. Fenomena berkenaan terjadi sehari selepas kejadian gempa bumi dan tsunami.

Sumber : Liputan6 SCTV

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di