Siakap Keli

Boss Minta Balasan Yang Bukan-Bukan Dari Staff Wanitanya Yang Pohon Cuti Sehari

Seorang lelaki di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa dan dikenakan hukuman penjara tiga bulan gara-gara tindakan keterlaluannya terhadap seorang pekerja wanita.

Tertuduh yang mempunyai kedai runcit, didakwa bertindak mencabul wanita berkenaan sebagai balasan untuk meluluskan cuti sehari yang dipohon oleh pekerjanya itu.

Berkongsi kenyataan di mahkamah, wanita berkenaan memberitahu bahawa suatu hari majikannya yang mempunyai kedai di Qusais memanggilnya ke sebuah kereta yang terletak di luar kedai. Wanita itu yang menyangka bahawa ada barang yang mahu dialihkan tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena ditunjukkan oleh majikannya.

Bagaimanapun, majikannya itu menyuruhnya masuk ke dalam kereta kerana mahu berbincang perkara-perkara melibatkan perniagaan.

Pada awalnya, wanita berkenaan memberitabu bahawa majikannya itu ada berbicara beberapa perkara yang berkaitan dengan kerja. Sebaik sahaja selesai berbincang, wanita itu sebelum keluar daripada kenderaan memberitahu majikannya bahawa dia ingin memohon cuti satu hari kerana mahu menyambut ulang tahun kelahiran anaknya.

Ketika itulah majikannya bertindak di luar batas apabila mengunci kenderaan daripada dalam dan meminta wanita berkenaan memberikan sesuatu sebagai balasan untuknya meluluskan cuti tersebut. Ujar wanita itu, majikannya mulu menyentuh anggota badannya. Apabila dia cuba menghalang, majikannya bertindak ganas dengan menarik rambut dan mula mencabul kehormatannya.

Bagi menyelamatkan diri, mangsa memberitahu dia menjerit meminta tolong sehingga menyebabkan suspek merasa takut dan melepaskannya. Bagaimanapun dia diugut suapaya tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa terutamanya pihak polis.

Selepas meninggalkan kenderaan berkenaan, mangsa segera berlari pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian berkenaan kepada rakan sebilik dan kakaknya sebelum membuat laporan polis.

Sumber : Khaleej Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.