Siakap Keli

Guru Tak Perlu Buat Tugas Kerani Lagi Mulai Januari 2019 – Dr. Maszlee

Mulai Januari depan, semua pendidik di seluruh negara akan dikecualikan daripada beban tugas kerani sebagai langkah memperkasa profesyen guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.

Beliau berkata guru-guru bakal menerima berita gembira pada awal tahun depan berhubung beban kerja guru yang ditanggung selama ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, tugas kerani membuatkan kepakaran guru tak dioptimum bagi tujuan mengajar. Maszlee memberitahu bahawa pegawainya kini dalam usaha untuk mengkaji kaedah lebih baik bagi meringankan beban guru yang akan dibentangkan kepadanya Disember ini.

Beliau berharap dengan inisiatif baru ini dapat mengembalikan zaman kegemilangan guru yang dahulunya hanya bekerja semata-mata untuk mendidik anak-anak murid.

Maszlee turut berkata tidak mahu lagi guru dibebani kerja kerani, kerana ia sedikit sebanyak menganggu fokus mengajar anak murid di sekolah.

Nur Farra