Siakap Keli

Harga Ujian Komputer Lesen Memandu Diturunkan Kepada RM20 Mulai 1 Januari 2019 – Menteri Pengangkutan

Bermula 1 Januari 2019, kos untuk ujian komputer lesen memandu akan diturunkan kepada RM20 daripada RM27, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut Loke, kos RM7 yang dikurangkan berikutan meliberisasikan sistem sekarang yang dikendalikan 3 syarikat.

Tambah Loke lagi, kementerian telah memutuskan untuk membuka ujian komputer kepada semua institut dengan penggredan 3 bintang ke atas selain menjadikan ujian memandu lebih mudah untuk diakses orang awam.

Sementara itu, buat masa ini terdapat sebanyak 103 pusat pemeriksaan dibawah e-servis menerusi MyEG, KOMMS dan Myspeed yang menawarkan ujian komputer dan dijangka polisi baru ini tidak akan menjejaskan pusat di bawah pengurusan ketiga-tiga pusat berkenaan.

Nur Farra