Siakap Keli

Ibu Dan Adik Larikan Diri, Tingkah Budak Perempuan Ini Jaga Bapa Yang Lumpuh Buat Netizen Sebak

Seorang kanak-kanak perempuan yang menggalas tanggungjawab besar ketika usianya baru 6 tahun apabila dia menjaga dan menguruskan bapanya yang kurang upaya selepas ditinggalkan ibu dan adiknya membuatkan netizen sebak.

Bapanya, Tian Haicheng, 38 terbabit dalam kemalangan sejak empat tahun lalu membuatkan keluarga mereka hidup dalam kesusahan meskipun dahulunya dia memiliki pekerjaan dan gaji yang stabil.

Selepas insiden kemalangan kereta itu, dia tidak lagi boleh berjalan mahupun bekerja menyebabkan isterinya lari dan membawa anak lelaki mereka.

Jiajia dikatakan mengambil alih tugas ibunya untuk menjaga bapanya termasuklah memasak dan mengemas rumah.

Sebuah video yang tersebar di media sosial di China memaparkan kanak-kanak itu yang bangun seawal 6 pagi setiap hari bagi mencuci luka, membantunya duduk di kerusi roda, menyuapkan makanan, membaca dan menyelimutkan bapanya yang sedang tidur.

Meskipun Haicheng disahkan lumpuh selepas kejadian itu, namun dia masih berharap untuk kembali sembuh seperti sedia kala bagi membantu mengurangkan beban yang ditanggung anak perempuannya.

Bapa kepada dua anak itu memuat naik gambar dan video malaikat kecilnya itu di laman sosial berikutan dia bangga dengan anaknya dan kemudiannya menjadi tular serta menerima pelbagai reaksi yang rata-ratanya berasa sebak dan kagum melihat ketabahan Jiajia menjaga bapanya.

Sumber: PeoplesDail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar