Siakap Keli

“Mak, Saya Pergilah,” Calon PT3 Tinggal Nota Bunuh Diri, Kecewa Bapa Sering Buat Ibu Menangis

Nota bunuh diri seorang pelajar tingkatan 3 ditemui berhampiran kolam renang di Lebuh Sungai Pinang, Pulau Pinang tempat berlakunya kejadian tragis itu.

Pelajar berkenaan sepatutnya menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) semalm dipercayai terjun dari tingkat 11 rumahnya sebelum mayatnya dijumpai pekerja pembersihan kira-kira jam 8 pagi.

Menurut laporan, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan merajuk dengan ibunya dan meninggalkan nota mahu membunuh diri.

Dalam nota tersebut, pelajar itu kecewa kerana campur tangan orang ketiga menyebabkan ibunya sering menangis.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes masih dalam siasatan polis.

“Minta maaf mak kerana buat mak susah hati dan marah.

“Orang rambut putih akan hantar orang rambut hitam pergi. Ini adalah salah saya sebab itu mak tak payah susah hati.

“Selepas saya pergi, mak sembang dengan dia untuk bercerai sebab saya tidak ingin tengok mak menangis kerana dia.

“Mak, saya pergilah.”

Nur Farra