Siakap Keli

“Setakat Ni Je Tuhan Bagi Aku Pinjam NikmatNya,” Terpelanting 2 Meter Dan Kaki Putus Tertinggal Di Motor, Semangat Gadis Ini Wajar Jadi Contoh

Siapa sangka hari ini kita sihat boleh berjalan, berlari macam biasa, tapi hanya dengan sekelip mata, nikmat itu ditarik semula.  Kisah seorang gadis ini meruntun hati siapa sahaja yang membacanya.

Seorang gadis aktif dan cerita diduga selepas terlibat dalam satu kemalangan yang dahsyat sehingga menyebabkan kakinya terputus dan tak boleh disambung semula.  Hebatnya gadis ini, sehingga semasa kejadian tidak ada air mata yang mengalir kerana redha dengan apa yang terjadi.

Syahida Nasruddin, menceritakan tragedi hitam yang masih segar dalam ingatan melalui laman Instagram miliknya.

Menurut Syahida dalam salah satu posting di Instagram miliknya, dia memberitahu bahawa beberapa minggu sebelum kemalangan, dia telah memuat naik satu gambar di satu petak parkir OKU.  Namun, tak menyangka ia seperti petanda akan apa yang telah berlaku kepadanya sekarang.

“Last bergambar masa balik kampung sebelum excident.  Lepas ni boleh parking dah kat situ, tak kena saman. Next nak ambil gambar kat kereta mahal pulak lah. Mana tahu dapat kereta tu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahida Nasruddin (@elianurul) on

Nur Farra