Siakap Keli
Gambar hiasan

Aktiviti Mandi-Manda Memang Seronok Tapi Berisiko Untuk Anak Kecil, Ini Lima Bahaya Biarkan Anak Mandi Kolam

Melakukan aktiviti air atau mandi-manda memang amat menyeronokkan anak-anak apatah lagi ketika musim panas menjelma. Tempat rekreasi seperti kolam, pantai, air terjun dan sebagainya pasti menjadi tumpuan pengunjung terutamanya musim cuti sekolah.

Kebanyakan ibu bapa gemar membawa anak mereka beriadah di tempat rekreasi sebegini kerana bukan sahaja anak-anak boleh berseronok, ibu bapa juga boleh berehat sambil meluangkan masa bersama keluarga.

Bagaimanapun, dalam keseronokan bersuka ria di tempat permandian, harus ibu bapa ketahui bahawa tempat sebegini tidak diketahui tahap kebersihannya berikutan terdapat ramai orang lain yang turut menggunakannya.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi tentang lima bahaya mandi kolam untuk anak-anak kecil yang ditulis oleh Dr Ezairy M.Sallih di laman facebooknya.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Gambar hiasan

BAHAYA BIARKAN ANAK MANDI KOLAM

Tentu kita selalu membawa anak-anak kita ke tempat seperti pantai, kolam renang, taman tema air dan sebagainya.

Tahukah anda beberapa risiko yang perlu diketahui.

Mari kita lihat 5 bahaya ini kepada anak-anak kecil.

1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.

2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?

3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.

Gambar hiasan

4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.

5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.

Rujuk gambar : pengumpulan air pada telinga boleh mengakibatkan jangkitan otitis externa berlaku pada salur telinga.

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar