Siakap Keli

“Dia Terpelanting 2 Meter, Tangan Terlepas Paut Tiang,” Ibu Hamil Hampir Ditelan Tsunami Selamat Lahir Kembar 3

Seorang bidan yang merupakan salah seorng mangsa gempa dan tsunami di Sulawesi Tengah selamat melahirkan bayi kembar 3 di Kota Makassar kira-kira jam 7 malam pada Isnin lalu.

Kisah kelahiran 3 kembar ini dirasakan sangat tragis kerana ia berlaku ditengah-tengah kekecohan bencana alam.  Ketika gempa berlaku, Atina terpelanting sejauh 2 meter kerana pautannya terlepas daripada sebuah tiang rumah.

Pun begitu, Atina sempat diselamatkan oleh sepupunya, Khaeruddin yang bergegas mendapatkannya ibu tersebut dan berupaya mencari rumah sakit untuk proses bersalin.

“Dia sepatutnya melahirkan pada 30 September lalu, tapi sudah 4 rumah sakit saya pergi, semuanya tak nak rawat dia.  Sejurus itu, saya dapat maklumat daripada penduduk lain memberitahu jika mahu ke Kota Makassar segera saya boleh menaiki pesawat Hercules yang disediakan.”

“Tapi ia tak semudah itu.  4 kali saya berulang-alik dari ruang pesawat sambil mengendong isteriku.  Kali keempat barulah kami boleh naik dan dibawa ke Makassar.  Kami tiba pada hari Isnin 1 September sekitar jam 2 petang.  Setibanya di sana, kami terus dibawa naik ambulas menuju ke hospital untuk proses bersaliln.  Alhamdulilah, 3 bayi kembarku lahir dengan selamat.”

Pengarah hospital yang merawat Atina walau bagaimanapun melalui saat getir apabila bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan melintang.

“Ibu serta 3 bayi itu lahir dalam keadaan normal dan sihat.  Kami terus buat pembedahan besar selepas dapat tahu posisi bayi tak betul.  Ketiga kembar kini dalam proses rawatan dan diletakkan dalam inkubator.”

Sumber: Kompas

Nur Farra