Siakap Keli

Gara-gara Kawan Baik Ada Hati Terhadap Ibu, Lelaki Penggal Kepala, Bawa Masuk Balai Polis

Gempar apabila seorang lelaki dengan lagak tenang membawa kepala rakan baiknya yang berlumuran darah selepas terlibat didalam satu pergaduhan di satu festival dekat bandar Mandya, India.

Dua lelaki ini yang dikenali sebagai Giresh dan Pashupati bergaduh sesama sendiri ketika bekerja di festival itu sebelum pergaduhan tersebut bertukar menjadi tragedi ngeri.

Dalam pergaduhan itu, Pashupati akhirnya bertindak memenggal kepala Giresh kerana mangsa dikatakan menyimpan rasa cinta terhadap ibunya.

Penduduk yang menyaksikan pergaduhan itu memberitahu bahawa suspek memanduk sejauh 20km sambil memegang kepala mangsa menuju ke balai polis berdekatan.

Gambar dan video yang telah tular menyaksikan bagaimana tenangnya suspek berjalan dengan kepala mayat yang dipegang sedang berlumuran darah.

Shivaprakash, selaku polis yang menyiasat kes berkata,”Kami menyiasat kes itu dan mendapat tahu mangsa merupakan kawan baik.”

“Suspek memberitahu bahawa Giresh telah bercakap buruk mengenai ibunya, lantas mencetuskan pergaduhan sesama mereka.”

Sumber: Mirror UK

Nur Farra