Siakap Keli

Kanada Bakal ‘Halalkan’ Ganja, PepsiCo Sertai Coca Cola Nyata Hasrat Mahu Hasilkan Minuman Campur Ganja

Giliran PepsiCo pula mengumumkan penyertaan dalam pembuatan minuman mengandungi ganja yang dipercayai berpotensi berkembang untuk syarikat minumam bergas dan alkohol yang kini mengalami masalah menggandakan jualan.

Sebelum ini, Coca-Cola turut mempertimbangkan untuk membangunkan pelbagai jenis minuman berasaskan ganja bagi membantu meringankan masalah fizikal seperti keradangan, kesakitan dan kekejangan.

Syarikat minuman terbesar di dunia sedang berbincang dengan pengeluar ganja utama Kanada, bahawa mereka berminat dengan sifat ganja yang merawat penyakit.

Jalinan kerjasama ini dipercayai membantu mengatasi masalah permintaan soda yang semakin berkurangan sebaliknya dengan menawarkan pilihan seperti kopi dan minuman berkhasiat dapat megembalikan permintaan dalam memfokuskan kesihatan.

Kanada dijangka menghalalkan ganja 17 Oktober ini selepas kedua-dua dewan Parlimen mengundi menjadikan dadah itu diperoleh untuk kegunaan rekreasi.

Sumber: The Guardian

Nur Farra