Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kes Mengejutkan, Bukan Satu Tapi 12 Orang Pelajar Sebuah Sekolah Menengah Hamil Serentak

Bukan satu, tapi 12 pelajar sebuah sekolah menengah di Lampung, Sumatera mengejutkan ramai apabila kesemua mereka didapati hamil serentak.

Kes tersebut merupakan satu perkara yang serius dan mendapat perhatian Persatuan Perancangan Keluarga Indonesia (PKBI).

Pengarah PKBI, Dwi Hafsah Handayani berkata, sekolah terbabit ternyata merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan mereka.

“Pihak sekolah memberitahu semua pelajarnya bersih, tetapi bila diperiksa ternyata terdapat 12 remaja yang sedang hamil,” katanya.

Menurut sumber, remaja yang hamil itu terdiri daripada mereka yang berada di kelas VII, VIII, IX.

Tidak cukup dengan itu, tinjauan PKBI di sekitar Lampung juga mendapati sekurang-kurangnya 100 kondom terjual dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, perkara itu sesuatu yang membimbangkan dan menuntut pihak sekolah lebih agresif dalam usaha mendisiplinkan pelajar bagi mencegah pergaulan bebas.

Difahamkan, kes pelajar hamil bukanlah suatu yang baharu. Sebelum ini, kes pelajar hamil pernah berlaku di sebuah sekolah menengah di Makassar.

Lebih mengejutkan, pelajar itu bersalin sendirian di dalam tandas semasa sesi persekolahan sedang berlangsung pada 18 Januari lalu.

Sumber : Tribun News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.