Siakap Keli

(Video)Selepas Gempa Bumi Dan Tsunami, Giliran Gunung Berapi Pula Ancam Sulawesi

Tidak lama selepas bencana gempa bumi, tsunami dan liquifaksi tanah, bumi Indonesia khususnya di Pulau Sulawesi terus dirudum malang apabila media antarabangsa sebentar tadi melaporkan Gunung Berapi Soputan telah meletus.

Gunung berapi berkenaan yang terletak di selatan Sulawesi dilaporkan mula meletus pada awal pagi tadi dan membebaskan debu setinggi 6,000 meter. Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran berjaga-jaga terutamanya kepada syarikat pengendali pengangkutan udara. Bagaimanapun tiada arahan pemindahan segera dikeluarkan.

Gambar : Breaking911

Menurut kenyataan daripada pihak berkuasa Indonesia percaya insiden berkenaan berpunca daripada gempa bumi kedua berkekuatan 7.5 magnitud yang berlaku pada petang Jumaat.

”Boleh jadi gempa bumi tersebut menyebabkan gunung berapi meletus, bagaimanapun kami masih lagi menyiasat perkaitannya memandangkan aktiviti gunung berapi di situ sememangnya dalam keadaan meningkat,” kata Kasbani, wakil kerajaan.

Katanya, pemantauan yang dibuat oleh mereka sebelum ini terhadap gunung berapi berkenaan sejak Ogos memang menunjukkan berlaku peningkatan aktiviti sehinggalah Isnin lalu.

Gambar : Breaking911

”Ada kemungkinan kejadian gempa itu mempercepatkan letusan gunung berapi berlaku,” katanya lagi.

Status letusan di gunung berkenaan dinaikkan daripada ”Alert” ke ”Standby” iaitu jarak 4 kilometer daripada puncak gunung berapi dan 6.5 kilometer ke arah barat. Status ”Standby” bermaksud orang awam diminta mengelak daripada berada di dalam lingkungan yang ditetapkan dan bersedia dengan topeng muka sekiranya debu yang terbebas jatuh ke bumi.

Manakala amaran kepada semua syarikat penerbangan disebabkan debu gunung berapi berupaya untuk menjejaskan fungsi enjin kapal terbang.

Gambar : Breaking911

Ketika ini, jumlah kematian berpunca daripada kejadian gempa bumi, tsunami dan likuifaksi tanah sudah melebihi 1200 orang. Indonesia merupakan sebuah negara yang terletak di atas Lingkaran Cincin Api menjadikan negara berpulau dengan kepadatan lebih 250 juta orang itu terdedah kepada ancaman gunung berapi dan gempa bumi.

Agensi meteorologi di Indonesia sendiri terpaksa memantau lebih daripada 120 buah gunung berapi aktif di negara berkenaan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=2v5QeCbVR_k]

 

Melalui satu tweet di Twitter, Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho turut memuat naik satu video kejadian letusan Gunung Berapi Anak Krakatau yang mengeluarkan lava. Letusan berkenaan dikatakan berlaku pada 2 Oktober yang lalu.

Sumber : AP News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.