Siakap Keli

(Video) ”Tanah Bergerak Bersama Seluruh Bangunan Sejauh 500 Meter Dari Tempat Asal,” Mangsa Kongsi Detik Cemas Gempa, Saksikan Isterinya Terkorban

Kesedihan mendalam dialami oleh salah seorang saksi kejadian gempa yang menggoncang Sulawesi Tengah pada jumaat lalu.

Nuriadi, 45, melalui detik cemas saat tanah di Perumas Balaroa, kota Palu runtuh digoncang gempa bumi.

Difahamkan, Balaroa merupakan salah satut kawasan yang mengalami kesan kerosakan paling teruk yang menggoncang Donggal dan Kota Palu, Sulawesi Tengah.

Menceritakan semula detik kejadian, Nuriadi berkata dia baru sahaja selesai melaksanakan solat maghrib di masjid di kawasan tersebut.

”Saat saya mendengar bunyi bising, saya terus berlari keluar dari masjid dan melihat tanah sudah terbelah,” kata Nuraidi kepada media tempatan semalam saat ditemui sedang mencari sisa-sisa barangannya yang masih boleh digunakan.

Menurut Nuriadi, sebelum tanah runtuh sekitar 5-10 meter, dia menyaksikan sendiri dari jauh tanah sedang bergerak dan mengeluarkan air yang bercampur lumpur dari dalam.

”Kemudian tanah bergerak bersama seluruh bangunan sekitar 300-500 meter dari posisi asalnya,” kata Nuraidi.

Sambil menitiskan air mata, Nuriadi berkata mesti dia bersyukur kerana terselamat, namun sedih kerana tidak sempat menyelamtkan isterinya dari bencana dasyat tersebut.

”Isteri saya berada dalam rumah kerana sakit sehingga tidak sempat saya pulang untuk selamatkannya. Tapi alhamdulillah, setelah pagi saya menemukan jasad isteri,” katanya.

Menurut Nuriadi, kawasannya di Kelurahan Balaroa, Kecamatan Palu Barat dihuni oleh ribuan penduduk dan hanya sebilangan kecil yang berjaya menyelamatkan diri pada saat kejadian.

”Sampai sekarang masih ramai yang belum ditemukan kerana tertimbun tanah,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga berharap supaya kerajaan dapat mengambil tindakan bagi menempatkan kesemua penduduk Balaroa setelah bencana ini berlaku.

”Kami harus mendapat tempat yang  selayaknya untuk didiami. Jika lokasi ini mahu dibangunkan semula, tidak mungkin kerana terdapat air dan lumpur di bawahnya”, kata Nuriadi.

Sumber : Kompas.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.