Siakap Keli

6 Anggota Bomba Maut Dalam Operasi Selamatkan Remaja Jatuh Lombong

Beberapa portal berita tempatan hari ini melaporkan bahawa enam anggota bomba daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Cyberjaya, Selangor ditemui mati lemas akibat dibawa arus deras di sebuah lombong yang terletak di Taman Putra Perdana, Cyberjaya, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9 malam tadi.

Kesemua mangsa maut dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja berusia 17 tahun yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan petang tadi, kira-kira pukul 5.50 petang.

Keenam-enam anggota bomba berkenaan yang berjaya ditemui kemudian disahkan meninggal dunia oleh anggota penyelamat yang dikejarkan ke lokasi kejadian. Manakala mangsa remaja masih belum ditemui.

Satu lagi portal berita melaporkan bahawa sepasukan anggota bomba yang terdiri daripada 8 orang pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira 30 minit selepas menerima panggilan kecemasan yang dibuat oleh salah seorang rakan mangsa.

Mangsa bersama-sama dua lagi rakannya berada di lombong berkenaan kerana ingin memancing.

Berita lanjut menyusul.

Sumber Gambar : Abdul Razak Nordin

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di