Siakap Keli

Aplikasi Semak Status Produk Ubatan Dan Kosmetik Dilancarkan

Sudah acap kali kita mendengar mengenai masalah-masalah kesihatan yang dilaporkan oleh media, tidak kira media rasmi mahupun atas talian setelah menggunakan produk kesihatan dan kosmetik tertentu.

Malah, kami di Siakap Keli turut secara konsisten membawakan pandangan-pandangan daripada pengamal perubatan profesional mengenai bahaya-bahaya menggunakan produk yang tidak sahih. Malah, maklumat-maklumat terkini daripada agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia turut kami bawakan secara kerap untuk para pembaca kami.

Terkini, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) bersempena Persidangan Kebangsaan Regulasi 2018 telah melancarkan satu aplikasi yang membolehkan orang ramai mengenal pasti status pendaftaran produk kesihatan yang ingin dibeli hanya menggunakan telefon bimbit.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh Public Health Malaysia ini, diharapkan pengguna-pengguna di Malaysia tidak memberi alasan tidak tahu lagi selepas ini kerana cara untuk anda membuat semakkan hari ini menjadi lebih mudah. Semoga bermanfaat.

APLIKASI UNTUK SEMAK PRODUK UBATAN DAN KOSMETIK.

Sempena berlangsungnya Persidangan Kebangsaan Regulasi 2018, pihak National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah melancarkan aplikasi untuk pengguna memeriksa status pendaftaran ubat-ubatan atau produk kesihatan dan notifikasi produk kosmetik di Malaysia.

Aplikasi dikenali sebagai “NPRA Product Status” boleh didapati secara PERCUMA di Google Play Store (iOS belum dilancarkan lagi) melalui link berikut:

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.moh.npra.npraproductsearch

Cara-cara penggunaan:

1. Pilih kategori produk yang ingin diperiksa sama ada produk tersebut produk

  • Pharmaceutical
  • Cosmetic

2. Pilih jenis carian berdasarkan apa sama berdasarkan

  • Product name
  • Product Registration Number
  •  Holder Name
  •  Manufacturer Name
  •  Importer
  •  Active Ingredient

3. Taip carian yang cuba dibuat berdasarkan pilihan yang dibuat sebelum ini. Sebagai contoh taip nama jika anda memilih “Product Name”. Contohnya “Panadol” kemudian klik pada butang “Search”.

4. Hasil carian akan keluar jika produk tersebut berdaftar atau bernotifikasi dengan KKM.

5. “No results found, please search again” akan dinyatakan jika produk yang dicari tidak berdaftar atau bernotifikasi dengan KKM. Sebagai contoh tiada produk yang bernama Seri Dewi yang berdaftar dengan KKM.

Semoga aplikasi ini dapat membantu orang ramai dalam menentukan ubat-ubatan, produk kesihatan dan kosmetik apa yang ingin digunakan.

Pastikan ubat-ubatan dan produk kesihatan yang ingin digunakan berdaftar dengan KKM manakala produk kosmetik pula bernotifikasi dengan KKM.

Hanya ubat-ubatan dan produk kesihatan yang berdaftar dengan KKM dijamin selamat, berkesan dan berkualiti.

Ubat-ubatan dan produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan KKM dibimbangi mengandungi bahan terlarang atau sekadar penipuan yang boleh membahayakan kesihatan dan menggugat nyawa jika digunakan.

Selamat mencuba aplikasi baru ini!

Sumber : Public Health Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.