Siakap Keli

Bapa Remaja Lemas Terkejut Pasukan Penyelamat Terkorban, Ucap Takziah Kepada Keluarga Bomba

Semalam tular apabila operasi menyelamat seorang remaja yang dipercayai lemas bertukar tragedi.  Kejadian menjadi lebih pilu apabila keenam-enam bomba yang menyelamat lemas akibat terbeli tali di dasar air.

Ia dikataka berpunca daripada pusaran arus yang sangat deras susulan hujan lebat yang mengalir ke kawasan pencarian.  Rentetan kejadian ini, bapa kepada remaja mangsa lemas mengucapkan takziah kepada setiap keluarga bomba yang terkorban dalam operasi menyelamat anaknya.

Dia yang masih terkejut dengan kehilangan anaknya ditambah pula dengan berita lebih mengharukan apabila dimaklumkan dengan semua pasukan penyelamat yang mencari anaknya terkorban disebabkan arus deras.

Sebelum ini, dia pernah menasihatkan anaknya untuk tidak mendekati kawasan itu kerana dua bulan lalu, dua lelaki telah lemas. Keadaan cuaca sekarang yang kerap hujan membuatkan misi menyelamat bertambah sukar.

Anaknya bersama dua lagi rakan dipercayai berada dikawasan tersebut kira-kira jam 4 petang selepas meminta kebenaran untuk keluar.  Pun begitu, dia dimaklumkan akan kehilangan anak lelakinya pada jam 5 petang oleh adik remaja itu sendiri.

Dalam pada itu, dia turut berharap agar kejadian ini dijadikan iktibar bagi penduduk sekitar dan mengharapkan pihak berkuasa tempatan atau negeri mengambil tindakan wajar.

Nur Farra