Siakap Keli
Gambar : FB Kuan Chee Heng

Cikgu, Kau Pergi Tanpa Pesan, Namamu Tersemat Di Hati Kami – Uncle Kentang

Wira yang tak didendang. Begitulah pengorbanan semua anggota badan penyelamat awam di Malaysia tak kiralah polis, bomba, tentera atau apa jua gelaran tugas sekalipun. Matlamatnya tetap sama, menggalas tanggungjawab berat dalam memberikan bantuan dan pertolongan. Mereka datang dan berada di tempat kejadian dengan satu tujuan iaitu untuk memberikan pertolongan mengikut kemahiran serta bidang kuasa masing-masing.

Tragedi yang menimpa enam wira yang terkorban malam tadi dalam usaha mencari seorang remaja yang dipercayai lemas setelah terjatuh ke dalam lombong ternyata membuat semua rakyat Malaysia berduka. Kesedihan yang teramat turut dirasai oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng itu disebabkan hubungan sebagai guru dan murid yang terjalin sewaktu dia menjalani latihan menyelamat bagi sukarelawan bomba yang dibimbing oleh Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA).

Luahannya ini ternyata membuat ramai sebak. Moga diberi ketabahan kepada semua ahli keluarga yang ditinggalkan. Mereka pergi tanpa pesan.. mereka berjuang mempertaruhkan nyawa sendiri hingga tergadai.. merekalah hero sebenar!

Cikgu, kau pergi tanpa pesan, ( I was coached by Bomba scuba team)

Takziah kepada semua pegawai Bomba yang gugur semasa operasi menyelamat. Nama mu tersemat di hati kami. You are the heroes of the Nation.

Kerajaan perlu berikan perlindungan kepada semua balu dan anak anak dan pastikan mereka mendapat:-

1) Rumah sebuah kos BUKAN RENDAH. 
2) Bimbingan modal tidak kurang dari RM 100,000 untuk isteri untuk sara hidup berniaga atau apa apa bisness. 
3) Pampasan setiap bulan untuk semua isteri dan anak anak.
4) Bantuan kenderaan motosikal dan kereta. 
5) Sekiranya kereta atau motosikal yang ada tertunggak hutang, kerajaan harus langsaikan untuk mereka. 
6) Bayaran loan untuk mana mana hutang yang ada di tinggal oleh arwah. 
7) Bimbingan biasiswa sepenuh nya untuk anak anak mereka sehingga habis univesiti.

Ini lah baru di namakan kerajaan prihatin dan kerajaan baru. Jangan sekali kali kata pokai dan biarkan isteri heroes dan anak anak nya merana.

I SALUTE TO ALL HEROES. Kalau kerajaan enggan bantu SEPENUH NYA, kita akan tahu apa nak buat kepada kerajaan.

Kepada balu-balu dan anak anak , your husband and your father are truly heroes of Malaysia.

KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA HARUS PULA DERMA RM 10 seorang untuk Tabung Bomba dan serahkan kepada Ketua Pengarah Bomba untuk agihkan kepada semua balu balu.

Target sekurang kurang satu keluarga dapat RM 400,000 untuk continue hidup. Anak Malaysia boleh buat.

Sumber : Kuan Chee Heng

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di