Siakap Keli

Datin Seri Rosmah Mansor Dibenar Ikat Jamin RM2 Juta, Passport Diminta Serah Ke Mahkamah

Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini untuk proses pendakwaan berhubung pengubahan wang haram.

Beliau tiba di lokasi itu pada 8.27 pagi dengan sebuah kenderaan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Rosmah kelihatan tenang ketika berjalan masuk ke bangunan itu dan menjadi tumpuan media dan orang ramai.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan Rosmah berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Kira-kira jam 10 pagi, Hakim Azura telah menetapkan ikat jamin dikenakan sebanyak RM2 juta dengan 2 penjamin untuknya dengan jumlah RM500,000 perlu dibayar hari ini manakala baki pada 11 Oktober.

Sementara itu, beliau perlu memenuhi beberapa syarat oleh pihak pendakwa seperti menyerahkan passport ke mahkamah dan menahan diri menghubungi mana-mana saksi atau saksi yang berpotensi.

Nur Farra