Siakap Keli

”Kalau Tak Pandai Jangan Cari”, Lelaki Kena Kecam Gara-Gara Komen Tak Sensitif Pada Anggota Bomba

Semalam, kita dikejutkan dengan kejadian yang menimpa sepasukan anggota bomba yang terdiri daripada enam anggota apabila maut akibat lemas dalam operasi mencari seorang remaja yang terjatuh dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Tragedia berkenaan nyata mengejutkan semua pihak apatah lagi ia turut dilaporkan oleh pelbagai media tempatan termasuk kami di Siakap Keli.

Selain itu, pelbagai gambar dan video di lokasi kejadian turut dimuat naik oleh netizen ke media sosial turut mengundang pelbagai komen daripada netizen yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan keluarga mangsa.

Namun yang tak seronoknya, apabila ada seorang netizen yang bermulut celupar yang meninggalkan komen kurang enak pada salah satu perkongsian yang dimuat naik di media sosial.

”Apa la bodoh sangat, nak cari seorang enam mati, kalau tak cukup ilmu jangan jadi penyelamat,” kata pengguna facebook berkenaan yang mencetuskan kemarahan orang ramai. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lelaki berkenaan meninggalkan komen di perkongsian yang mana satu.

Kata-kata berbentuk penghinaan dan langsung tidak sensitif dengan emosi yang sedang dialami ketika ini oleh keluarga mangsa menjadi viral selepas dimuat naik oleh seorang pengguna facebook yang juga anggota bomba, Paan Rim Murah.

Perkongsian yang dibuat oleh Paan Rim Murah itu turut mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan komen daripada lelaki berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab. Paan Rim Murah dalam perkongsian yang sama turut menyatakan rasa kesalnya dengan komen lelaki berkenaan.

”Terima kasih ye bang. Kami minta maaf sebab kami tak pandai macam abang. Tapi jangan la panggil kawan-kawan kami tu bodoh. Depa (mereka) bertaruh nyawa tu untuk cari mangsa yang tiada kaitan langsung dengan mereka sendri. Tapi kerana tanggungjawab mereka perlu cari juga.

”Namun Allah dah tentukan takdir mereka. Tak perlu rasanya abang cakap macam ni. Apa pun terima kasih na abang. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Sumber : Paan Rim Murah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.