Siakap Keli

Lambat Buka Pintu, Penghantar Makanan ‘Kantoi’ Makan Makanan Dipesan Pelanggan

Penghantar makanan daripada syarikat penghantaran terkenal ‘ditangkap’ selepas rakaman cctv menunjukkan dia memakan kentang goreng yang dipesan oleh pelanggan.

Rakaman video tersebut menunjukkan penghantar tersebut mengeluarkan kentang goreng daripada bungkusan sambil menunggu pelanggan membuka pintu sebaik menekan loceng pintu.

Video ini telah dirakam oleh seorang rakan kepada hos program radio ‘Hot Breakfast’ Eddie McGuire, yang memberitahu pendengarnya bahawa dia sering mengesyaki budak penghantar makanan pasti menyeluk beg makanan yang dipesannya kerana makanan yang diterimanya akan terasa ringan.

Menurut McGuire, “Ini adalah perkara biasa apabila mereka akan datang hantara dan makan makanan anda.”

Walau bagaimanapun, hos bersama McGuire, Will Anderson berpendapat penghantar itu mungkin menghadapi keadaan yang sukar.

“Dia mungkin tidak mendapat bayaran yang baik dan ‘jika tidak mendapat tip, dia mendapat chip.”

Jurucakap syarikat penghantaran tersebut berkata, “”Kami tahu betapa pentingnya keselamatan makanan dan meminta rakan penghantar memberi perhatian penuh semasa proses penghantaran untuk memastikan kualiti makanan mencerminkan standard restoran tersebut.”

Nur Farra