Siakap Keli
Gambar : Muhd Azrul

Masih Terbayang Wajah Dan Suara Mereka Meminta Tolong – Petugas Kecemasan

Ketika ini, kita masih lagi dalam keadaan bersedih dengan kejadian yang menimpa enam wira penyelamat yang terkorban usaha menyelamatkan seorang remaja yang terjatuh dalam lombong tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.15 malam itu, kesemua enam wira itu terkorban selepas pusaran arus deras yang datang secara tiba-tiba menyukarkan tugas mencari dan menyelamat. Selain itu, kesemua mangsa juga terperangkap dalam arus deras berkenaan akibat terbelit dengan tali yang dipakai antara satu sama lain dalam operasi berkenaan.

Pasukan petugas kecemasan yang dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan selepas kesemua mangsa berjaya dinaikkan namun kesemua mangsa kemudian disahkan sudah meninggal dunia.

Salah seorang petugas kesihatan, antara responder pertama yang dikejarkan ke lokasi kejadian turut berkongsi situasi ketika kejadian melalui laman facebook miliknya.

Petugas berkenaan, Muhd Azrul Islami berkongsi bersama-samanya dua pasukan dengan 6 anggota serta Ambulans daripada Hospital Putrajaya bergegas ke lokasi kejadian.

Gambar : FB Muhd Azrul

”Basah lencun demi menyelamatkan 6 wira negara yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di lombong Putra Perdana malam tadi.

”Masih terbayang wajah mereka didepan mata, masih terdengar suara meminta tolong dari mereka. Terpaksa masuk dalam air jugak malam tadi bagi membuka ikatan tali yang membelit mereka,” katanya.

Muhd Azrul turut berkongsi bahawa bantuan pernafasan mulut ke mulut juga diberikan kepada wira-wira penyelamat berkenaan dengan operasi turut dibantu oleh agensi-agensi lain.

”Bag valve mask yang terhad so aku terpaksa guna mulut jugak untuk CPR malam tadi. Kami juga dibantu oleh EMRS bomba serta APM di lokasi kejadian,” katanya lagi.

Dia kemudian turut memaklumkan bahawa ketika bantuan pernafasan diberikan, sebahagian daripada tubuh badan pasukan kecemasan berada di dalam air, namun kesemua enam wira berkenaan ditakdirkan sudah menemui ajal masing-masing.

”Walaupun sebahagian tubuh kami didalam air, kami teruskan CPR demi menyelamatkan 6 wira yang terkorban dalam tragedi Oktober. Tetapi Allah lebih sayangkan mereka, mereka pergi sebagai wira.”

Al-Fatihah untuk kesemua enam wira penyelamat. Semoga roh dicucri rahmat.

Sumber : Mohd Azrul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.