Siakap Keli

Wanita Dapat Pampasan RM400 Ribu, Jumpa Tuala Wanita Dalam Air Rebusan Steamboat

Seorang wanita menjumpai tuala wanita dalam makanan yang dipesan di salah sebuah restoran di Shenzhen, China.  Mangsa ketika itu sedang menikmati makanan tersebut yang tiba-tiba menjumpai sesuatu yang pelik yang disangka daging dalam makanan rebus panas itu.

“Mula-mula saya ingatkan daging.  Tapi saya sedar ada sesuatu yang lain.  Saya yakin ia adalah tuala wanita walau tak dapat dilihat dengan jelas.”

Kejadian ini telah dibawa kepada pengurus restoran tersebut, namun mereka bersependapat bahawa ia sebenarnya adalah kertas pembalut.

“Ia bukan kertas pembalut.  Benda yang saya jumpa ni langsung tak sama dengan apa yang saya jumpa dalam mangkuk tersebut.”

Wanita itu kemudian meminta pampasan sebanyak 1 juta yuan bersamaan dengan RM600 ribu sebagai ganti rugi atas apa yang terjadi.  Restoran itu akhirnya bersetuju membayar pampasan tersebut sebanyak RM400 ribu bagi menyelesaikan pertelingkahan antara pihak restoran dan pelanggan.

Namun, apa yang memeranjatkan apabila kejadian yang sama berulang lagi.  Wanita tersebut sekali lagi menjumpai tuala wanita di dalam mangkuk rebusan di sebuah restoran rangkaian steamboat yang lain.

Daripada apa yang telah tular, rata-rata netizen menganggap bahawa wanita tersebut sengaja mencetuskan kontroversi itu hanya kerana ingin dapatkan wang pampasan.

Sumber: Nextshark

Nur Farra