Siakap Keli

“Yang Pasti Tetap Mati,” Status Terakhir Mangsa Lemas Tular, Petanda Beberapa Jam Sebelum Tragedi

Status terakhir salah seorang anggota penyelamat malam tadi dalam misi mencari remaja lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong mendapat perhatian netizen.

Posting terakhir itu dipercayai telah dimuat naik beberapa jam sebelum tragedi sedih tersebut.

“Pilihan kita ini ibarat ranting kayu yang banyak cabang, dalam setiap cabang itu masih ada lagi cabang-cabang yang akan tunggu masa bila ia akan mati. Apa pilihan kita?? TIADA… yang pasti tetap mati.”

Melalui status yang ditulis mangsa, ia seperti memberi petanda terhadap apa yang akan terjadi kepadanya beberapa jam selepas itu.

Allahyarham sebelum ini turut gemar berkongsi realiti hidup seorang bomba yang sentiasa mengorbankan diri mereka demi keselamatan orang lain.

Dalam kejadian malam tadi, enam anggota Bomba dan Penyelamat, iaitu empat anggota PPDA Pelabuhan Klang, Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim,32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, manakala Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, anggota PPDA Shah Alam lemas ketika operasi cari dan selamat seorang remaja berusia 17, Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam, yang hilang di lombong tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong petang semalam.

Terdahulu, keenam-enam jenazah disembahyangkan dengan diimamkan oleh Penguasa Bomba Unit Agama Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya Mohd Luqman Ramli.

Jenazah kemudian diberikan tabik hormat oleh anggota dan pegawai bomba sebelum dibawa masuk ke dalam van jenazah dan bergerak ke kampung halaman masing-masing.

 

Nur Farra