Siakap Keli

Hanya Dimainkan Setahun Sekali, Permainan Tradisi Unik Masyarakat Cina Di Bandar Moden Xiamen

Setiap tempat atau negara sudah pasti mempunyai pemainan tradisional mereka tersendiri seperti negara kita Malaysia mempunyai permainan gasing, guli, wau dan pelbagai lagi.

Begitu juga setiap negara lain mempunyai permainan tradisi masing-masing yang cukup unik, kali ini kami tertarik untuk menceritakan serba sedikit tentang satu permainan tradisional masyarakat Cina di Xiamen, China.

Permainan Bobing, atau juga dikenali sebagai ‘Mooncake Dice Game’, permainan di mana enam dadu dibuang ke dalam mangkuk dan kombinasi nombor yang berbeza menghasilkan skor yang berbeza dan hadiah.

Bobing adalah aktiviti perayaan unik di Xiamen semasa Festival Pertengahan Musim Gugur. Ia telah disimpan sebagai tradisi Pertengahan Musim Sejuk oleh penduduk tempatan selama beratus-ratus tahun, membentuk sebahagian daripada budaya mooncake di bandar ini.

Ia adalah permainan yang sangat menyeronokkan apabila orang membaling dadu untuk nasib baik. Tidak perlu untuk meletakkan wang pertaruhan seperti judi, ia dimainkan secara percuma dan jika dadu yang dibaling angkanya sama, pemain akan diberikan hadiah, hadiahnya bermacam-macam.

Menurut peraturan, biasanya antara lima dan sepuluh orang di meja Bobing, dan hadiah utama, “Zhuangyuan dengan bunga keemasan”, dicapai dengan meluncurkan empat empat merah dan dua merah.

Permainan ini sekali gus membuatkan mengapa tempat Xiamen sangat sesuai dijadikan tempat untuk dilawati terutamanya pada Festival Pertengahan Musim Gugur.

Baru-baru ini 24 hingga 28 September, permainan ini telah dibawa khas untuk dirasai oleh rakyat Malaysia, bertempat di Sunway Velocity, ianya telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung pusat membeli belah berkenaan untuk mencuba.

Ternyata sambutan yang diterima cukup menggalakkan, mereka kelihatan begitu gembira mencuba permainan Bobing di mana ramai yang bertuah berjaya mendapat hadiah yang ditawarkan.

Acara berkenaan telah dimulakan bermula 12 tengahhari hingga jam 10 malam di mana kehadiran orang ramai amat-amat dialu-alukan kerana banyak hadiah yang ditawarkan.

Dah alang-alang sentuh pasal Xiamen, jom usha sikit lokasi yang menarik di Xiamen ini.

Xiamen City

Xiamen University

Shuanglongtan Eco-Sport Scenic Zone

Xiamen Fantawild Dreamland

Haiwan Park

Xiamen Science Museum

Xiamen Riyuegu Hot Spring Resort Communities

Menarikkan, jadi apa lagi, masukkan Xiamen dalam Wishlist anda, memang best, rugi kalau tak pergi.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.