Siakap Keli
Gambar : FB Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

”Wajah Mereka Seperti Sedang Tidur Dalam Keadaan Tersenyum,” – Pengurus Jenazah Enam Wira Bomba

 “Wajah mereka seperti sedang tidur dalam keadaan tersenyum,” demikian cerita yang dikongsikan oleh pengurus jenazah enam wira yang terkorban dalam tragedi menyayat hati Rabu lalu, ketika dihubungi oleh Siakap Keli hari ini.

Gambar : FB Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Muhammad Rafieudin yang merupakan Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ) bersama pasukannya bertanggungjawab dalam menguruskan jenazah  enam anggota bomba yang maut dalam operasi mencari mangsa lemas di Taman Putra Perdana, Puchong.

”Sewaktu saya buka kain jenazah,  saya lihat jenazah berada dalam keadaan baik.

”Mereka seperti sedang tidur dalam keadaan yang tersenyum.. saya beritahu kepada ahli keluarga, bahawa mereka meninggal dunia dalam keadaan baik.

”InsyaAllah, Allah beri mereka syahid akhirat kerana salah satunya meninggal kerana mati lemas dan dalam masa yang sama melakukan tugas mulia membantu orang lain,” katanya.

Gambar FB : Muhammad Rafieudin Zainal Rasid
Gambar FB : Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Menurut Muhammad Rafieudin, urusan pengurusan jenazah berjalan dengan lancar walau mereka semua diselubungi dengan rasa hiba.

Difahamkan, pasukannya mengambil alih tugas menguruskan jenazah kira-kira pukul 2.30 pagi hingga selesai kafan sekitar pukul 7.20 pagi sebelum dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk disembahyangkan.

Sementara itu, beliau bersama pasukan SPJ akan berangkat ke Sulawesi Tengah ahad ini bagi membantu menguruskan jenazah mangsa gempa bumi dan tsunami di sana.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di :

BSN : 1410041000306186 Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ)

CIMB : 8603-06-7350 Nur Fattah

Sumber : Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.