Siakap Keli

”Ayah Terpaksa ‘Korek’ Simpanannya,” Anak Najib Dakwa Pihak Bank Tolak Buka Akaun Tabung Bantuan Derma Bapanya

Umum mengetahui, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah didakwa atas pelbagai kesalahan antaranya melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram. Setakat ini sahaja, beliau telah didakwa sebanyak tiga kali di mahkamah, terbaru pada 20 September lalu.

Setelah pertuduhan demi pertuduhan, jumlah wang ikat jamin yang dikenakan bukan sedikit, malah semakin meningkat menyebabkan beliau dan keluarga kini berdepan kesukaran untuk menjelaskannya.

Menerusi kenyataan anak beliau, Nooryana Najib melalui Instagramnya, beberapa bulan kebelakangan ini adalah detik-detik sukar untuk ibu bapanya kerana perlu menghadapi kes mahkamah yang memerlukan sumber kewangan yang banyak sehingga ayahnya terpaksa ‘mengorek’ wang simpanan.

Memburukkan keadaan, permohonan untuk membuka akaun bank tabung bantuan derma bagi ayahnya juga ditolak. Ikti luahan Nooryana seperti di bawah.

Beberapa bulan ini sememangnya mencabar untuk ibu bapa saya. Selain bayaran peguam, bayaran ikat jamin untuk keduanya kini telah mencecah RM6.5 juta. Kami telah meminta bantuan saudara-mara, selain tabung bantuan yang dikumpul sejak awal dan simpanan ibu bapa saya.

Ayah saya juga terpaksa mengorek akaun simpanannya di Affin Bank Wangsa Maju di mana ia digunakan untuk menerima gaji, elaun, pencen dan ganjaran setelah berpuluh tahyn berkhidmat dalam kerajaan.

Gambar : Instagram yananajib

Sejak ayah saya dituduh untuk kali ketiga, 2 minggu lalu, abang saya Ashman telah mencuba membuka akaun bank bagi tujuan meminta sumbangan daripada oang ramai.

Walaubagaimanapun, dia tidak berjaya apabila pegawai bank secara peribadi telah memberitahunya bahawa pihak pengurusan takut dilihat membantu ayah saya. Permintaannya berulang kali untuk membuka akaun bank telah ditolak.

Demi keadilan, saya berharap pihak bank tidak tunduk kepada ketakutan terhadap tekanan kerajaan sekarang dan akan membenarkan abang saya menjalankan tanggungjawab untuk membantu ibu bapa kami.

View this post on Instagram

The past month has indeed been challenging for my parents. Lawyers fees aside, the bail posted for my parents have now reached RM6.5 million. We have been drawing on the kind help of relatives, the tabung which was collected earlier for my dad and my parents' savings. My dad has even been forced to dip into his savings account in Affin Bank Wangsa Maju which was used to receive his salary, allowances, pensions and gratuity from his decades in public service. Since my father was charged for the third time two weeks ago, my brother Ashman has been trying to open up a bank account to start another tabung to collect donations from the public. However, he has met with little success as the bank officers have privately told him that their senior management is fearful of being seen to be helping my dad and his many requests to open up a bank account has been rejected. In the interest of fairness, I hope the banks will not succumb to the fear of government pressure or reprisal and will allow my brother to help do his part to help our parents.

A post shared by yananajib (@yananajib) on

Sumber : Instagram yananajib

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.