Siakap Keli

“Bos Besar Pun Masuk Dapur Goreng Kentang,” McDonald’s Malaysia Anjur #McDTurunPadang Hapuskan Jurang Majikan Dan Pekerja

Pada tanggal 5 Oktober 2018, McDonald’s Malaysia dengan rasa penuh semangat kebersamaan telah menjalankan aktiviti ‘McD Turun Padang’ yang  melibatkan kakitangan McDonald’s, Francais dan juga rakan kongsi untuk bersama-sama merasai suasana dan cabaran yang dilalui setiap hari oleh krew-krew McDonald’s seluruh Malaysia.

Usaha yang melibatkan lebih 200 kakitangan McDonald’s Malaysia, Francais, Rakan Kongsi serta pihak media ini mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila pihak pengurusan turut bersama merasai bagaimana krew-krew restoran McDonald’s melayan kerenah pelanggan dan menghadapi cabaran di dapur bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tidak putus-putus sejak dari pagi sehingga lewat malam.

Aktiviti seperti ini seharusnya perlu dicontohi oleh syarikat-syarikat makanan segera yang lain supaya tiada jurang antara krew restoran dan juga pihak pengurusan. Usaha ini juga amat penting bagi memupuk suasana kerja yang lebih produktif serta krew-krew restoran tidak tertekan ketika menjalankan tugas melayan pelanggan.

Siakap keli juga turut dijemput secara rasmi untuk bersama-sama merasai pengalaman yang sangat berharga ini. Berdasarkan apa yang kami lalui sepanjang 2 jam sebagai krew restoran, kami wajib memberikan ‘tabik spring’ kepada semua krew-krew restoran McDonald’s Seksyen 3 Shah Alam. Mana tidaknya, pelanggan tak putus-putus membuat pesanan tak kiralah melalui kaunter ataupun pandu lalu dan kami juga difahamkan itu adalah suasana biasa yang mereka lalui setiap hari.

Ternyata bekerja sebagai krew restoran McDonald’s Malaysia memerlukan ketahanan mental serta fizikal yang tinggi untuk sentiasa peka dengan permintaan pelanggan. Tambahan pula permintaan pelanggan yang kadang-kala menguji kesabaran berjaya diharungi oleh mereka sepanjang waktu bekerja. Sepanjang 7-8 jam setiap hari menjalankan tugas tanpa menunjukkan reaksi tertekan menerima kunjungan pelanggan dan sentiasa memberikan senyuman mesra walaupun dalam keadaan yang tertekan.

Aktiviti McD Turun Padang ini adalah aktiviti tahunan bagi merai serta memberi penghargaan kepada lebih 12,000 krew restoran McDonald’s yang sentiasa bertungkus-lumus untuk memberikan yang terbaik buat para pelanggan mereka. Aktiviti ini turut disertai oleh Datuk Kamal bin Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad dan Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Eksekutif Primeworks Studio.

Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar berkata, komitmen yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh krew-krew restoran McDonald’s Malaysia merupakan sesuatu yang amat penting untuk mengekalkan kejayaan yang dilihat pada hari ini dan meneruskan kesinambungan McDonald’s Malaysia ke mercu kejayaan.

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)