Siakap Keli
Gambar Hiasan

”Tiada Siapa Pernah Menyaksikan Kes Sekejam Ini,” Bayi 2 Minggu Kritikal Di Hospital Dirogol Lelaki Durjana

Jenayah sudah tidak mengenal mangsa. Terkini, seorang lelaki durjana tergamak melempiaskan nafsunya terhadap seorang bayi berusia dua minggu yang kini berada dalam keadaan kritikal setelah dirogol pada Ahad lalu.

Bayi malang itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi di Hospital Diraja Belfast dan masih berada dalam keadaan lemah.

Gambar : The Sun UK

Difahamkan, kejadian tersebut terbongkar apabila ahli keluarga bayi berkenaan memasuki bilik tidur dan melihat sendiri lelaki tersebut sedang memperkosa mangsa.

Suspek telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan telah ditahan dalam tempoh beberapa jam selepas insiden tersebut berlaku.

Satu sumber mendedahkan, bayi malang itu mengalami pendarahan dan kecederaan yang sangat teruk semasa dibawa ke hospital.

“Terdapat banyak darah. Kecederaannya sangat serius dan ia sangat mengejutkan staf hospital.

“Tiada siapa pernah menyaksikan kes sekejam ini,” kata sumber itu.

Suspek yang ditahan, berusia 25 tahun yang tidak didedahkan namanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Armagh di Ireland Utara pada minggu ini.

Sementara itu, orang ramai turut terkejut dan merasa sedih dan berang dengan tragedi yang menimpa bayi malang tersebut.

“Sukar untuk mempercayai perkara seperti ini boleh berlaku, tetapi kejadian yang berlaku di sini adalah nyata,” kata seorang penduduk.

”Dalam 30 tahun saya berkhidmat, saya tidak pernah melihat kemarahan sedemikian oleh orang ramai,” kata seorang wakil rakyat di kawasan itu.

“Orang ramai begitu sedih dan benar-benar terkejut dengan nasib bayi berkenaan dan mereka mahukan keadilan untuknya,” tambah seorang penduduk.

Sumber : The Sun

Baca : Bapa Durjana, Rakam Dan Rogol Anak Usia 8 Bulan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.