Baru-baru ini tular satu rakaman video pendek yang menunjukkan kehadiran tangan misteri yang dikatakan cuba menarik seorang kanak-kanak ketika dia sedang mandi bersama bapanya di sebuah kolam renang telah menimbulkan spekulasi ramai.
Ada yangΒ mengatakan ia merupakan kewujudan ‘hantu air’ di lokasi kolam renang yang tidak dapat dipastikan itu. Malah, terdapat juga dakwaan sekiranya bapanya tidak berada di kolam itu, kanak-kanak tersebut boleh lemas ditarik oleh hantu air. Seram!
Namun hari ini munculnya rakaman video yang lebih panjang berdurasi 52 saat memaparkan apa yang berlaku sekaligus menepis semua spekulasi yang tular.
Sebenarnya, terdapat seorang lagi kanak-kanak lelaki di tepi kolam berkenaan. Hantu air yang dikatakan oleh netizen ialah kanak-kanak itu yang berada berhampiran. Alahai!
Ni video penuh kes tangan dalam kolam aritu… hantu air lar.. jembalang air laa… satu malaysia kena game WOiii… dengan min sekali kena kencing.ππππ
Posted by Kecik2 tak nak sekolah on Saturday, October 6, 2018
Nampaknya, misteri sudah terungkai. Satu Malaysia sudah tertipu. Ramai ke yang terpedaya?
(Penulis pada awalnya memang sudah sangsi dengan rakaman video itu, tapi bila membaca komen netizen, terus jadi seram dibuatnya!)