Siakap Keli

(Video) Viral Kononnya Hantu Air Cuba Tarik Budak, Satu Malaysia Tertipu

Baru-baru ini tular satu rakaman video pendek yang menunjukkan kehadiran tangan misteri yang dikatakan cuba menarik seorang kanak-kanak ketika dia sedang mandi bersama bapanya di sebuah kolam renang telah menimbulkan spekulasi ramai.

Ada yang  mengatakan ia merupakan kewujudan ‘hantu air’ di lokasi kolam renang yang tidak dapat dipastikan itu. Malah, terdapat juga dakwaan sekiranya bapanya tidak berada di kolam itu, kanak-kanak tersebut boleh lemas ditarik oleh hantu air. Seram!

Namun hari ini munculnya rakaman video yang lebih panjang berdurasi 52 saat memaparkan apa yang berlaku sekaligus menepis semua spekulasi yang tular.

Sebenarnya, terdapat seorang lagi kanak-kanak lelaki di tepi kolam berkenaan. Hantu air yang dikatakan oleh netizen ialah kanak-kanak itu yang berada berhampiran. Alahai!

Nampaknya, misteri sudah terungkai. Satu Malaysia sudah tertipu. Ramai ke yang terpedaya?

(Penulis pada awalnya memang sudah sangsi dengan rakaman video itu, tapi bila membaca komen netizen, terus jadi seram dibuatnya!)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.