Siakap Keli

Bayi Lelaki Ditinggalkan, Lutut Cedera Digigit Anjing

Seorang bayi lelaki ditemui di tepi sebuah kedai serbaneka di Seri Kembangan dipercayai telah cedera digigit anjing.

Dibalut dengan sehelai kain berwarna hijau, bayi ini telah ditemui oleh seorang lelaki pada pagi tadi.

Bayi lelaki tersebut dijumpai dengan dengan lutut kakinya yang cedera dipercayai digigit anjing dan telah dihantar ke Hospital Serdang  bagi rawatan lanjut.

Menurut laporan media, bayi tersebut berada dalam keadaan yang stabil dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk berhubung terus dengan IPD Serdang atau datang ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Nur Farra